Saturday, October 18, 2008

Kronologi 1: Pierre Andre Temui Cinta Baru (Oleh: Zubir Mohd Yunus)

HUJUNG minggu ini, Zubir bersama warga kerja unit hiburan Berita Harian dan Berita Minggu masih berada di Jakarta, Indonesia untuk kunjungan budaya dan lawatan muhibah. Terima kasih kepada pihak yang banyak memberi kerjasama dalam menjayakan acara berkenaan. Pun begitu, sedang sibuk menyiapkan tugasan, Zubir menerima panggilan telefon daripada seorang sumber memaklumkan pelakon, penulis skrip dan pengarah muda, Pierre Andre, 23, khabarnya tidak keseorangan lagi apabila dia sudah pun bertemu cinta barunya, seorang gadis biasa yang dikenali sebagai Maya. Jangan salah sangka pula, bukan Maya Karin! Maya Karin dah jadi isteri orang. Sebelum ini Pierre pernah putus cinta lebih setahun yang lalu dengan pelajar universiti yang juga pengarah wanita termuda yang mengemudikan filem Selamat Pagi Cinta!, Norliana Samsudin atau Yana, 24. Selepas kasih berubah terhadap Yana, Pierre digosipkan pula bermain cinta dengan aktres Pan-Asian, Julia Ziegler apabila mereka sama-sama membintangi filem Jangan Tegur. Gosip cinta Pierre-Julia bertiup lebih kencang apabila kedua-duanya membintangi filem usaha sama Malaysia-Indonesia, Teman Selamanya apabila mereka berada lebih sebulan di Jakarta, menjalani penggambaran. “Jangan kau tak tahu Zubir, rupa-rupanya sebelum Pierre ke Jakarta, dia sempat menghubungi Yana menyatakan hasratnya untuk kembali ke pangkuan kekasih lamanya itu. Pun begitu, aku dengar cerita, Yana tidak memberi sebarang kata putus atau harapan kepada Pierre. Tup-tup... sekembalinya Pierre dari Jakarta baru-baru ini, Yana dapat tahu, Pierre ada Maya. Maya pula orang sini (Malaysia), bukan Jakarta. “Terkejutlah juga Yana, hari tu Pierre kata nak 'rujuk', hari ni dah ada orang lain! Aku dengar cerita lagi, hubungan Pierre dan Maya dah semakin serius. Mereka pula pernah meluahkan perasaan cinta masing-masing menerusi blog. Dah berani bercinta dalam blog, elok sajalah Pierre dan Maya buat pengakuan terbuka, tak perlu cover line lagi,” kata sumber itu kepada Zubir. Sekiranya apa yang Zubir teropong ini tidak kabur, jelas dan tepat ‘pandangannya’, elok rasanya Pierre berterus terang saja, siapa Maya di hatinya. Zubir nak tahu juga siapa sebenarnya Maya ni. Pada kesempatan ini, Zubir dan warga kerja B*Pop ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Maya Karin dan suaminya, Muhammad Ali yang kini sudah kembali ke tanah air.

No comments: