Saturday, October 18, 2008

Kronologi 3: Maya Darina Dahlan Hines Tidak Wujud?

MINGGU lalu apabila bekas kekasih Pierre Andre, Norliana Samsudin membuat pendedahan, nama kekasih baru Pierre ialah Maya Darina Dahlan Hain, Zubir menerima banyak maklum balas menerusi panggilan telefon dan SMS. Satu daripada panggilan telefon itu memberitahu Zubir, sumber berkenaan mendakwa, sebenarnya Maya Darina Dahlan Hain tidak wujud apabila Pierre sendiri dikatakan tidak pernah berjumpa pun dengan Maya! “Maya adalah kekasih khayalan Pierre. Sebenarnya ada orang lain menyamar sebagai Maya. Pierre ditipu bulat-bulat oleh pihak berkenaan. Terus-terang saya beritahu Zubir, Maya ialah Elie, seorang penulis skrip yang pernah bertugas di sebuah syarikat filem. Elie mungkin menyamar sebagai Maya. Sebelum Pierre, Elie pernah dikatakan mempermainkan penyanyi Faizal Tahir!,” jelas sumber itu bersungguh-sungguh. Zubir juga mendapat maklumat, Maya mendakwa dirinya ialah seorang ahli Lembaga Pengarah di sebuah kumpulan syarikat media dan dia mempunyai kuasa menghalang wartawan mendedahkan ceritanya di akhbar. Maya juga didakwa mempunyai kediaman mewah, sebuah kondominium berdekatan KLCC! Wah, hebatnya Maya ini sekiranya dia benar-benar wujud Lebih menggemparkan, Pierre dimaklumkan, Maya kini sedang mengidap masalah jantung dan pernah terlantar sakit di Institut Jantung Negara. Tapi, agak menggelikan hati apabila ada pihak mengirimkan buah dan bunga kepada Maya di IJN, pihak IJN memberitahu, tidak pernah wujud nama pesakit Maya Darina Dahlan Hain di situ! Kwang! Kwang! Kwang! Zubir cabar Pierre supaya dia memperkenalkan Maya Darina kepada umum sekiranya buah hatinya itu benar-benar wujud! Sila tunjukkan bukti pengenalan diri seperti salinan kad pengenalan atau pas pekerja! Zubir juga harap, Pierre tidak berkecil hati dengan pendedahan Zubir kali ini kerana sebagai seorang wartawan, Zubir tidak mahu Pierre menjadi mangsa seterusnya. Sebenarnya, sebelum Pierre, Elie pernah dikatakan cuba memikat pelakon kacak, Farid Kamil tapi tidak menjadi, jadi kini giliran Pierre pula. Sekiranya apa diceritakan kepada Zubir ini kisah benar, Zubir harap, Elie menghentikan kerja macam itu demi kebaikan bersama. Jangan cemari industri hiburan negara. Kalau ada masalah, boleh berjumpa pakar psikiatri.

ZUBIR: Jangan bercinta dengan halimuman, nanti boleh jadi sasau.

No comments: